Tuesday 3 April 2012

Sudut Nilam 2012

Salam Untuk Semua...

Agak lama Admin berdiam diri.... lama pihak Admin tak 'update' aktiviti yang berlaku sepanjang 2011 dan awal 2012...... Maafkan admin..... Pihak Admin akan cuba sedaya upaya untuk 'update' setiap minggu. Kali ini pihak Admin ingin memaparkan beberapa gambar sudut-sudut nilam yang telah dibuat di beberapa kelas SK Brickfields 1 2012....






Saturday 6 August 2011

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

SALAM SEMUA

Walaupun di dalam bulan puasa.... warga SKB1 masih lagi bersemangat patriotik. Ini di serlahkan melalui sambutan Hari Kemerdekaan yang telah dlijalankan pada hari jumaat lepas (5 Ogos 2011). Bulan Ramadhan bukan menjadi penghalang kepada guru dan murid untuk menyambut bulan kemerdekaan ini. MERDEKA........MERDEKA........MERDEKA.......

                                                            

Ucapan Perasmian oleh En Nazri (GPK Kurikulum)


Upacara kawat kaki dan penyampaian bendera



Tayang video


      Nyanyian lagu patriotik





Thursday 28 July 2011

BACAAN NILAM

Salam Semua,

Setiap hari khamis, pada pukul 7.10-7.30 aktiviti nilam dijalankan di dewan terbuka SKB1. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memupuk sikap membaca di kalangan murid. Setiap murid yang datang awal ke sekolah diminta membaca buku bagi meningkatkan lagi kemahiran membaca mereka.


Tuesday 19 July 2011

1 MURID 1 SUKAN

SALAM SEMUA....

Pada 2 Julai 2011 telah diadakan satu program anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu 1 Murid 1 Sukan. Program ini telah dijalankan serentak seluruh Sekolah dan Intitusi Pendidikan di Malaysia. SKB1 juga tidak ketinggalan melaksanakan program ini.

SKB1 telah bergabung dengan SKB2 bagi menjayakan program ini. Walaupun tiada padang. SKB1 tetap komitet menjalankan progam ini.

Terima kasih kepada pihak ibubapa, guru-guru serta murid-murid yang telah berjaya melaksanakan program ini.. SYABAS....








SEJARAH SEKOLAH

   Sekolah ini siap dibina pada tahun 1954 dan dinamakan Brickfields School Kuala Lumpur. Pada Selasa 6 Mac 1956 Brickfields School telah dirasmikan oleh Sultan Selangor ketika itu ialtu D.Y.A.M Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaidin Suleiman Shah.

Pada permulaannya sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan, 2 blok bangunan kelas dua tingkat dan satu blok untuk kantin sekolah. Sekolah ini hanya menerima pelajar lelaki sahaja pada ketika itu. Sekolah ini beroperasi satu sesi sahaja. Bilangan pelajar bertambah dari tahun ke tahun dan sekolah tidak dapat menampungnya. Pada tahun 1977 Jabatan Pendidikan Negeri telah menukar sekolah ini menjadi dua sesi persekolahan
Maka dengan itu sekolah ini telah berubah nama menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan Brickfields (1) dan Sekolah Rendah Kebangsaan Brickfields (2). Giliran sesi persekolahan bertukar 6 bukan sekali. Bangunan sekolah ini ditadbir oleh 2 pentadbiran iaitu Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Brickfields (1) dan Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Brickfields (2)


Pada tahun 1992 satu peubahan baru telah dilakukan. Pra-Sekolah SK.Brickfields (1) telah ditubuhkan. Guru Pra Sekolah ketika itu ialah Puan Saripah dan dibantu oleh Pn Saadiah. Pada tahun 1992 juga status Sekolah Rendah Kebangsaan bertukar menjadi Sekolah Kebangsaan. Justeru itu sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Brickfields (1), Kuala Lumpur.

Pada tahun 2000, padang sekolah telah dibangunkan untuk didirikan sebuah bangunan sekolah baru iaitu Sekolah Kebangsaan Brickfields (2), Kuala Lumpur.
Pada tahun 2003, bangunan lama Sekolah Bickfields (1) telah dirobohkan keseluruhannya. Sesi persekolah pada tahun itu telah dijalankan dengan menumpang bangunan Sekolah Brickfields (2). Bangunan baru telah siap dibina dalam jangka masa 9 bulan dengan kos keseluruhan 9.6 juta dan dibina secara pasang siap.
Bangunan indah 4 tingkat dan 5 blok mula digunakan pada sesi persekolahan 2004. Pada tahun 2005 dua peristiwa besar berlaku pada sekolah ini. Pada tahun 2005 SK.Brickfelds (1) yang dikenali sebagai sekolah lelaki telah secara rasminya dibenarkan oleh JPWP untuk menrima pelajar perempuan. Maka sesi persekolahan 2005 bermula era baru SK.B rickfields (1) sebagai sekolah campur. Pada tahun itu juga sekolah telah menerima palajar perempuan seramai 42 orang. Satu lagi peristiwa besar ialah sesi persekolahan 2005 bermula kelas Pendidikan Khas Bermasalahan Pembelajaran (PKBP) Penyelaras pertamanya ialah Pn Belinda Wong dan dibantu oleh Pn Seetha.

Secara umumnya, SK.Brickfields (1) merupakan sekolah yang telah melaksanakan pendidikan kepada warga Malaysia sudah hampir 52 tahun. Ramai tokoh-tokoh yang dilahirkan di SK.Brickfields (1) samada dalam bidang akademik, sukan, hartawan dan budayawan. Adalah diharapkan, masa depan SK.Brickfields (1) akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Berkat kerjasama pentadbiran sekolah, guru-guru, ibu bapa, murid-murid dan masyarakat. Matlamat untuk melahirkan insan modal yang seimbang dari segi jasmani, emosi, mentaliti dan sosial dapat dilakukan dengan jayanya.

Monday 18 July 2011

PERKENALAN YANG BAIK

SALAM SEMUA,

Syukur kerana PSS SK Brickfields 1 melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan blog PSS.........
Mari mengunjungi blog ini........